Followers

Saturday, July 21, 2012

PERHIMPUNAN PERDANA GURU CEMERLANG

Tajuk...macam gempak! He3x! Seyes...GEMPAK!!
Sebabnya:
1. Dapat jumpa dengan orang yang hebat!
2. Dapat tengok Putrajaya (1st time ok)
3. Dapat jumpa dengan PM Malaysia secara LIVE!!!

Perjalanan:
11 Julai 2012
Dari pukul 3 petang, da berkumpul kat Pusat Koko JB. Naik bas, berhenti makan, berhenti amik cikgu-cikgu dari daerah lain...sampai KL pukul 9.30 malam. Tido kat Bangi. Rumah tu, boleh tahan, ada aircond. Bolehlah untuk merehatkan badan untuk satu malam yang singkat. Tapi sepanjang nak menidurkan diri, kawan-kawan banyak bagi nasihat dan panduan yang berguna kat aku. Takkan aku lupakan semua tu!!

12 Julai 2012
4.30 pagi da bangun. Takut terlajak tido. Yelah, bilik aircond la katakan. Sedap oooo....Da bersiap, bawak semua beg dan pergi ke bas. Bertolak ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Wooo! Wooo! Aku tak tido sepanjang perjalanan. Aku perhatikan setiap jalan-jalan yang kami lalui. Maklumlah, nak tunjuk hebat kat hubby sebab tau jalannyer. He3x!! Sampai jek kat PICC, aku cepat-cepat amik gambar. Kenangan ok! Kenangan terindah! Sepanjang perjalanan ke Dewan A...aku kagum dengan struktur bangunan tu...lain kali nak datang lagilah...he3x!!
Sarapan...fuh! Marvellous!! Macam2 ada..sampai ada yang xdapat nak masuk da dalam tekak ni...sebab da kenyang! Kek lapis Sarawak pun ader.
Setiap sesi diisi oleh orang yang dikenali dan disegani di Malaysia ni. Slot yang akhir skali yang paling best sb PM Malaysia yang datang. He3x!! Apalagi, sesi ambil gambar la jawabnya.
Sempat jugak aku amik gambar dengan sorang artis ni. Aku tak kenal pun, tapi lepas aku post gambar aku dengan artis ni kat facebook, mereka cakap nama artis ni, Anzalna. Naper dia hadir ke perhimpunan tu, tanya la dia sendiri ek. Tak dapat aku tolong menjawabnya.

Kesimpulan:
Hasil daripada perhimpunan ni, banyak menyedarkan aku yang aku kena buat sesuatu yang baru untuk para pelajar aku. Tak nak ikut method yang sama jek untuk mengajar para pelajar. So...balik JB, aku kena buat muhasabah diri dan buat sesuatu!!!

Bersama-sama dengan GC dari Johor

Wajah-wajah orang yang memberi ucapan pada hari tersebut


Buku Program, Lapik gelas, dan gula-gula (pengubat mata yang layu)

Last View before we left PICC

Makanan tengah hari dan dewan makan (Besar tu!!)
Tempat koir dan suasana dewan A