Followers

Thursday, July 21, 2011

WIN, LOSE OR DRAW 3RK3

21 Julai 2011: Para pelajar Tingkatan 3 baru sahaja habis menduduki Ujian Formatif 2. Jadi Cikgu Melah telah terfikir untuk membuat satu aktiviti yang menarik untuk para pelajar Tingkatan 3 supaya mereka tak rasa bosan. Lagipun Cikgu Melah mengajar Pendidikan Seni dan Visual untuk kelas ni. Jadi, ada kaitan la aktiviti "Win, Lose Or Draw" dengan Pendidikan Seni ni.

3 orang pelukis terhebat dipilih untuk melukis gambar-gambar berdasarkan "clue card" yang Cikgu Melah sediakan. Perkataan yang Cikgu Melah sediakan takdela susah sangat pun, hanya untuk menggambarkan sesuatu tu dengan lukisan bukannya mudah. Contohnya seperti pokok, bunga, daun, kek, riben dan sebagainya. Ini memang cabaran terhebat bagi 3 calon terhebat ini! He3x!!

Semua pelajar yang hadir masuk ke dalam 3 kumpulan. Dan kumpulan-kumpulan ini terdiri daripada 11 orang pelajar. Bermacam-macam jawapan yang Cikgu Melah dengar daripada para pelajar ini. Tak kurang juga lukisan-lukisan yang pelik dan menarik perhatian Cikgu Melah. Suasana kelas dipenuhi dengan tawa para pelajar dan ini membuatkan Cikgu Melah tersenyum melihat gelagat para pelajar sepanjang sesi pertandingan ini berlangsung. Tapi, jangan bimbang, suasana ini tidak mengganggu p&p kelas lain kerana para pelajar ni hanya bising semasa menjawab soalan dalam tempoh 2 minit sahaja.

Cikgu Melah rasa soalan-soalan yang Cikgu Melah sediakan memang senanglah, tapi yelah, nak melukis dalam masa yang singkat, bukanlah mudah! Lagi-lagi dengan tekanan daripada rakan sebaya. Memang kesian la bila tengok calon-calon terhebat ni! Siapa yang menang? Keputusan akan diketahui pada minggu hadapan!! TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!


Pelukis terhebat dan wakil pemegang clue card dari setiap kumpulan.


Lukisan-lukisan daripada pelukis terhebat 3RK3!!


Inilah tiga orang pelukis terhebat 3RK3!!


Para peserta kumpulan 1


Para peserta kumpulan 2


Para peserta kumpulan 3

PAKAIAN SERAGAM KO-KURIKULUM

20 Julai 2011: Setiap hari Rabu, Cikgu Melah akan lihat permandangan yang seronok di mana para pelajar memakai pakaian seragam ko-kurikulum. Memang nampak menarik. Tahun ni, para pelajar petang dah ramai memakai pakaian seragam tersebut. Boleh dikatakan hampir 100% yang memakai pakaian seragam tersebut kecuali pengawas. Jadi, Cikgu Melah mengambil kesempatan untuk mengambil gambar para pelajar yang memakai baju seragam ini di dalam kelas 2RK2.

Pada masa ni, kelas Matematik. Semasa para pelajar membuat latihan, Cikgu Melah mengambil kesempatan untuk mengambil gambar-gambar aksi para pelajar ini semasa membuat latihan Matematik. Kalau da habis kelas Matematik, ramailah "peminat-peminat" Cikgu Melah minta tandatangan kerana jika mereka berpakaian seragam lengkap, ini akan melayakkan mereka untuk mendapatkan tandatangan guru matapelajaran.

Para pelajar menyertai pelbagai jenis Unit Beruniform. Yang jelas, dalam kelas ini, ada yang menyertai PBSM, St John Ambulance, Kadet Bomba, Kadet Polis, KRS, Pengakap, dan Pandu Puteri. SYABAS diucapkan kepada para pelajar kerana mematuhi arahan!! ;)

Perbincangan semasa membuat latihan Matematik.


Amirul sedang memerhatikan contoh yang ditulis oleh Cikgu Melah di papan tulis.


Tekun menjawab. Eh! Yang belakang skali tu, naper tunduk macam tu sekali?


Sebelum Cikgu Melah melangkah keluar dari kelas, semua pelajar berdiri.


Ada soalan yang anda tak faham? Cikgu Melah sudi membantu para pelajar yang menghadapi kesulitan semasa menjawab soalan-soalan Matematik ini.


Ada yang tunduk malu kerana tahu cikgu Melah mengambil gambar mereka.


Pelbagai baju seragam, tapi nampak "smart"


Pastikan ada langkah kerja yang tepat ok!

UJIAN FORMATIF 2 - TINGKATAN 3

19 Julai 2011: Semua pelajar Tingkatan 3 SMK Permas Jaya menduduki Ujian Formatif 2. Pada masa gambar-gambar ni diambil, Cikgu Melah sedang mengawasi kelas 3RK1. Sambil-sambil tu, Cikgu Melah amik beberapa gambar yang aku rasakan pemandangan yang para guru selalu lihat semasa peperiksaan atau ujian. Ujian Formatif 2 untuk Tingkatan 3 nih berlangsung selama 2 hari (19 Julai 2011 - 20 Julai 2011). Para pelajar hanya diuji untuk matapelajaran yang berkaitan dengan peperiksaan sahaja.

Bermacam-macam ragam dan karenah para pelajar yang Cikgu Melah tengok. Ada yang tengok siling, ada yang jauh termenung, ada yang tengok luar dan tak kurang jugak yang sibuk meneliti pensel. He3x!! Tapi, apa pun, para pelajar tetap menjawab soalan-soalan tersebut.

Apa pun, "GOOD LUCK" diucapkan kepada semua para pelajar SMK Permas Jaya Tingkatan 3. Cikgu Melah percaya, awak semua mesti boleh jawab semua soalan-soalan tersebut!! :D

Para pelajar Tingkatan 3RK1 sedang tekun menjawab kertas ujian Geografi.


Baca soalan betul-betul yer


Pastikan semua soalan dijawab ok!


Masa tinggal 30 minit lagi.


Wah! Pelajar ni memang bersedia untuk menghadapi ujian Geografi! Protraktor, jangka tolok, benang, pembaris!!

Monday, July 18, 2011

PERHIMPUNAN: 18 JULAI 2011

18 Julai 2011: Setiap ari Isnin, memang akan diadakan perhimpunan melainkan hujan atau apa-apa sebab yang tak dapat dielakkan. Protokol berjalan seperti biasa. Tapi ada dua perkara yang menarik perhatian Cikgu Melah ari ni:

1. Peratus kehadiran pada hari Khamis 14 Julai 2011: 98.26% untuk sesi petang
2. Penyampaian hadiah pertandingan badminton anjuran Kelab Badminton SMK Permas Jaya.

Seronok bila dapat tau peratus kehadiran menghampiri 100%, lebih-lebih pelajar Form 3 tak ramai yang tak datang. Cikgu Melah perasan, setiap kali Cikgu Melah masuk kelas, jarang Cikgu Melah tengok tempat duduk kosong. Mesti semuanya penuh sebab para pelajar hadir. Dalam hal ni, ibu bapa dan para guru memang memainkan peranan penting untuk memastikan para pelajar ini pergi ke sekolah. Cikgu Usop memgingatkan pelajar bahawa ada 77 hari lagi untuk para pelajar Tingkatan 3 untuk menduduki PMR. Cikgu Usop beri nasihat-nasihat yang berguna kepada para pelajar ini dan Cikgu Melah harap mereka mendengar dan menerima nasihat tersebut dengan hati yang terbuka.

Untuk pertandingan badminton pulak, Cikgu Usop yang umumkan sapa yang menang. Nih antara senarai nama pemenang yang Cikgu Melah dapat dari Cikgu Usop.

Kategori Perempuan Bawah 15 tahun
Johan: Emyratul Fitrie dan Serly Badariah Denada
Naib Johan: Yap Zhi Qing dan Tiu Jia Xin
Ketiga: Siti Zulaikha dan Nur Ezzaty Irene
Keempat: Nurul Izzah dan Nur Hidayah Fatin

Kategori Lelaki Bawah 15 tahun
Johan: Woon Yee Seng dan Lee Zhan Yi
Naib Johan: Mohamad Zairy dan Mohd Shahrul Azim
Ketiga: Muhammad Haqieb dan Muhammad Nizam
Keempat: Mohamad Muslimin dan Syed Abdul Rauf

TAHNIAH kepada Kelab Badminton dan juga pemenang!!

Bacaan Ikrar


Para pengawas menjaga seksyen masing-masing


Salah seorang pelajar sedang mencatat butiran perhimpunan pada hari ini



"Menjana Modal Insan"


Keempat: Nurul Izzah dan Nur Hidayah Fatin


Ketiga: Siti Zulaikha dan Nur Ezzaty Irene


Naib Johan: Yap Zhi Qing dan Tiu Jia Xin


Johan: Emyratul Fitrie dan Serly Badariah Denada


Ketiga: Muhammad Haqieb dan Muhammad Nizam


Naib Johan: Mohamad Zairy dan Mohd Shahrul Azim


Johan: Woon Yee Seng dan Lee Zhan Yi

Saturday, July 16, 2011

KARNIVAL KOKURIKULUM KRK DAERAH PASIR GUDANG 2011

16 Julai 2011: Ari ni, Cikgu Melah kena pi ke SMK Taman Daya sebab Cikgu Melah jadi hakim untuk Pertandingan Soduku. Fuh! Berdebar-debar gak jantung ni sebab kena jadi HAKIM tu!! He3x!! At least, ada jugak la pengalaman menjadi hakim ni. Seramai 15 orang pelajar dari kelas KRK ikut pertandingan ni. Semua pelajar pakai baju kaler kuning dan seluar track bottom. Nampak seragam! Cantek!! Bila sampai kat SMK Taman Daya, rupa-rupanya semua pelajar KRK pakai baju yang sama. Memang nampak ramai dan meriah la. Suker2x!! Kawan-kawan seperjuangan yang pi sekali: Cikgu Shikin (guru pengiring), Cikgu Azlin (Hakim), Cikgu Emy (Penyelaras&Hakim).

Lepas da daftar budak dan taklimat di dewan, Cikgu Melah pun bergerak ke Makmal 2 untuk pertandingan Soduku. Berdebar-debar jugaklah jantung Cikgu Melah ni. Yelah, mana la pernah jadi hakim untuk peringkat macam ni. Setakat kat sekolah tu, memang la selalu. Kat sana, Cikgu Melah berkenalan dengan dua orang cikgu. Cikgu Aton (SMK Johor Jaya), dan Cikgu Jue (SMK Penggawa Timur). Dua-dua cikgu memang sempoi. Siap boleh buat lawak lagi! Tapi, masa kami semak kertas budak, semua memang serius sebab kami nak pilih pelajar yang terbaik. Walaupun ada pelajar kami yang ikut bertanding di dalam bilik tu, takde BIAS wokey!! Semuanya keputusan dibuat sebulat suara. Best la! Tapi respek kat seorang pelajar SMK Penggawa Timur yang berjaya menjawab soalan soduku peringkat 5 (final) dalam tempoh 8 minit dan 5 saat sahaja. Memang respek la! Dari awal pertandingan, pelajar ni memang pantas menjawab soalan Soduku. Mesti dia da praktis buat banyak soalan kat sekolah dia dan umah.

Dalam pukul 10.30pagi da abis da pertandingan Soduku. Kami pun bergerak ke dewan untuk melihat pertandingan yang lain. Macam-macam gelagat pelajar di atas pentas. Terkenang zaman masa aku sekolah dulu. Cikgu Melah pun tak tau macam mana Cikgu Melah ada keberanian nak bercakap atas pentas masa Cikgu Melah jadi wakil sekolah untuk syarahan dulu. Fuh! Kalo suh Cikgu Melah pi naek atas pentas skang untuk bagi syarahan, Cikgu Melah surrender trus la!! He3x!!

Part yang paling best, time pertandingan nyanyian lagu patriotik. Sayang tol sekolah Cikgu Melah tak anta wakil. Satu sekolah tu anta sorang wakil bangsa Cina untuk menyanyi. Fasihnyer pelajar tu menyanyi bahasa Melayu. Suara dia pun lunak. Memang dapat tepukan gemuruh la!! Sayangnyer, Cikgu Melah tak amik gambar time tu. Hu3x!!

Kol 12 tengah hari, berlangsungnya Majlis Penutupan Karnival Kokurikulum KRK Daerah Pasir Gudang 2011. Ucapan, penyampaian hadiah, persembahan, semua ada. Tapi sayangnya, sekolah Cikgu Melah tak berjaya mendapat apa-apa tempat pun dalam mana-mana pertandingan. Tapi aku respek dengan kesungguhan para pelajar ini berlatih dan berusaha. Semangat tu la yang ingin kita lihat dalam diri seseorang pelajar.

Apapun, TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival ini. Tahun depan, harap-harap dapat peluang lagi untuk jadi hakim Soduku. He3x!!

Salah satu makanan yang diagihkan kepada para pelajar. Nasi lemak. Sedap!!


Sebenarnya, nak amik figure botol air ni. Curve botol ni lawa. Air minuman SAJ.


Kertas jawapan pelajar yang tersingkir pada pusingan pertama. Hu3x!!


Pusingan kedua; para pelajar tekun menjawab soalan Soduku. Hanya 10 minit sahaja diberikan


Para hakim Soduku yang adil dan bijaksana. He3x!
Dari kiri: Cikgu Aton, Cikgu Melah, Cikgu Jue



Markah penuh: 48. Pelajar ni betul 48! Respek! Menjawab dalam tempoh masa 8 minit 5 saat sahaja!


Peace!! Walaupun mereka tak menang, tapi mereka happy!!

Wednesday, July 13, 2011

LINES AND ANGLES I

Seorang pelajar sedang sibuk membuat aktiviti di dalam buku teks

13 Julai 2011: Ari ni, aku mengajar kelas 1 Bestari berkenaan dengan Lines and Angles I. Untuk topik ni, aku arahkan semua pelajar bawak protractor sebab benda tu akan membantu mereka sepanjang memahami topik ini. Aku kurang gemar para pelajar pinjam-meminjam sebab itu akan melambatkan keadaan. Ari ni, aku mengajar tentang nama angels (acute, right angle, obtuse angle, reflex angle). Pada permulaannya, aku mengingatkan mereka tentang cara nak menggunakan protractor. Pastu, aku ingatkan mereka tentang straight line berapa darjah, a circle brapa darjah. Para pelajar boleh menjawab dengan baik. Suker3x!! Pastu baru aku masuk dalam content. Best jugak aktiviti dalam buku teks ni. Banyak dan para pelajar seronok nak ukur sudut tu. Kalo betol, aku memang puji. Seronok tengok mereka tersenyum. Yang bestnya, bila jawapan mereka salah, cepat-cepat mereka padam jawapan mereka sebab mereka nak aku tengok jawapan mereka betol smua. He3x!! Macam-macam gelagat budak-budak ni. Tapi kepuasan sebenar adalah apabila mereka faham dan ingat apa yang mereka pelajari hari ini. Mereka da tau macam mana nak mengira sudut yang tidak diketahui berdasarkan soalan-soalan yang diberikan. Aku perlu memberikan latih tubi yang lebih banyak kepada para pelajar ini supaya mereka lebih faham dan ingat tentang langkah kerja yang tepat. Yang aku perasan, pelajar-pelajar ni suka mengira cara bentuk lazim. Tak salah buat bentuk lazim, tapi untuk peringkat mereka ini, langkah kerja yang sistematik diperlukan. Itulah peranan yang perlu aku jalankan!!

Tentang penggunaan protractor, aku memang kena ajar betol-betol mereka ni sebab kalo aku tak fokus pada perkara ni, nanti akan menyusahkan guru-guru yang akan mengajar mereka pada masa akan datang. Sebab dulu aku pernah berdepan dengan masalah pelajar masih tidak tahu menggunakan protractor walaupun dah berada di dalam Tingkatan 3!! So, skang, aku da nampak topik daripada Tingkatan 1 ni, walaupun nampak mudah, tetapi para guru memang kena ajar para pelajar ni betol-betol. Apa pun, aku berterima kasih dengan para guru Matematik yang mengajar pernah mengajar para pelajar Tingkatan 2 sebab mereka telah memainkan peranan yang baik semasa para pelajar ini di dalam Tingkatan 1. Sebabnya, para pelajar tingkatan 2 yang aku ajar tahun ni, reti menggunakan protractor.;) Terima kasih kawan!!!

Tuesday, July 12, 2011

PERMULAAN BAGI SEGALA-GALANYA

Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya Cikgu Melah telah mendapat idea untuk membina blog yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman hidup Cikgu Melah sebagai seorang guru.

Blog ini bukan berfokuskan kepada para guru dan para pelajar sahaja, tapi semua golongan masyarakat boleh melihat blog Cikgu Melah yang menceritakan perjalanan hidup saya yang bergelar sebagai warga pendidik.

Selamat melayari Diari Cikgu Melah!!