Ingat lagi, masa kat sekolah rendah, memang tak pernah dapat cop dan sticker yang menunjukkan pujian kepada latihan kita. TAPI, lukisan muka, lukisan senyuman, lukisan bintang.. itu da cukup membuatkan aku gembira pada masa tu. Aku masih ingat lagi, semasa di sekolah menengah, buku eksperimen sains aku buat dengan sekemas yang boleh untuk mendapatkan 3 bintang! Bukan senang nak dapat 3 bintang tu!! Sikit jek ader kesan liquid paper, terus tak dapat 3 bintang. Hu! Hu! Hu!
Sejak aku menjadi seorang warga pendidik ni, tak putus-putus menambah koleksi sticker dan cop. Dari setahun ke setahun, aku nak cari cop dan sticker yang berlainan. Tak nak yang sama supaya aku rasa seronok skit nak bagi pujian kepada para pelajar. He! He! He!
Masa kat sekolah lama aku dulu, aku selalu lepak kat sebuah kedai buku kat Boulevard Miri. Aku selalu perhatikan barang-barang yang best dan aku dapat COP! Seingat aku, masa tu aku beli cop gambar watak kat disney. tapi dah tak ingat watak apa. Sesiapa yang membuat latihan dengan kemas dan tiada kesalahan, aku bagi cop. Wah! Berbunga-bunga hati budak-budak bila aku buat macam tu walaupun mereka da dalam Tingkatan 4.
Tapi sayang seribu kali sayang. Ada pelajar yang akhirnya cop buku mereka sendiri dengan cop yang mereka beli sendiri gara-gara nak tunjuk kat kawan mereka latihan mereka pun dapat cop. Adoi!! Dari situ, aku pun terus memikirkan strategi baru. Aku tambahkan lagi pencarian untuk benda-benda yang boleh dijadikan penghargaan kepada para pelajar ni. Akhirnya!! Aku terjumpa cop yang ada perkataan Excellent, Good dan sebagainya. Apalagi, grab la semua jenis yang ada. He! He! He! Jadi, lepas ni, tak ada dah pelajar nak main cop ikut suka dia jek. Sebab cop jenis macam tu, takkan lah mereka nak beli untuk dijadikan koleksi kan?
Bila dah pindah kat sekolah baru, mula-mula tu, rasa nak cari jugak cop macam tu, tapi tak tau kat mana. Cop yang lama semuanya tertinggal kat sana. Hu! Hu! Hu! Tapi nasib baik Mr. Hubby memahami. Dia sama-sama mencari cop tu dan kami terjumpa di Jusco (skang ni namanya Aeon). Aku nampak jek garang dengan budak-budak, tapi hakikatnya, aku suker sangat nak cop buku-buku mereka ni dengan penghargaan yang mereka jarang dengar dari mulut aku. He! He! He!
Da hampir 7 tahun aku menjadi warga pendidik yang terlatih. Aku mula menambah aksesori..iaitu STICKER! Pada mulanya, aku pergi ke Kaher sebab nak cari benda lain. Alih-alih terjumpa sticker bintang yang comey-comey. Apalagi aku, terus belilah. Sesiapa yang mendapat latihan terbaik, akan mendapat 3 bintang. Nak dapatkan 3 bintang tu bukannya senang tau. Kalo latihan betul semua, tapi comot latihannya, stakat dapat 1 atau 2 bintang jek. He! He! He! No Pain, No Gain ok!!
Orang nak kata tak sesuai untuk peringkat menengah, aku tak kisah. Janji aku mengamalkan prinsip pujian secara visual. He! He! He! Ini cara aku untuk beri penghargaan kepada para pelajar. Mungkin mereka tak nyatakan di depan aku apabila mereka membuka buku latihan dan melihat ada 3 bintang! Tapi, benda ni pastinya menjadi bualan antara mereka dan akan menjadi perbandingan antara latihan yang kemas dan tak kemas.
Dan, aku masih ingat lagi, tahun lepas, sorang pelajar aku, yang sekarang berada di Tingkatan 4, menceritakan tentang cop yang aku pernah cop di buku dia. Kawan-kawan dia menceritakan kepada aku tentang tu. Dia citer dia dapat cop dari aku untuk nota dia yang kemas dan dia gembira sangat-sangat. Yang bercerita ni pelajar lelaki. Tengok! Impak kepada pelajar, besar tau terhadap emosi mereka. Jadi, tak salah spend sikit duit untuk beli barang-barang ni dan gunakan sepenuhnya. Para pelajar akan ingat sampai bila-bila.
Pelajar gembira, cikgu ceria!!!
No comments:
Post a Comment