Followers

Saturday, June 22, 2013

Saya sudah bersedia, anda bagaimana?

Saya sudah bersedia, anda bagaimana?

Soalan khas untuk anak-anak yang bakal menduduki PMR pada tahun ini, 2013. Peperiksaan yang berbentuk peperiksaan yang terakhir buat masa ini.

Esok, cikgu bakal memberi ceramah tentang teknik menjawab kertas soalan Matematik PMR kepada para pelajar SMK Pasir Gudang 2 di UniKL, Seri Alam.

Tak sabar rasanya nak berkongsi idea dan pendapat tentang soalan yang bakal keluar pada tahun 2013 ni. Tak kurang jugak tips dan cara menjawab soalan-soalan kertas 2. Wah! Macam banyak jek nak dikongsikan sedangkan masa yang diberikan hanya 1 jam setengah jek...sempat ker nak kongsi semua.

Apa pun, tiada harapan lain melainkan para pelajar mendapat mengaplikasikan apa yang mereka telah perolehi pada hari Ahad ini semasa menjawab peperiksaan nanti. Semoga keputusan Matematik PMR SMK Pasir Gudang 2 2013 meningkat!! Amin....

No comments:

Post a Comment