Followers

Saturday, June 22, 2013

Saya sudah bersedia, anda bagaimana?

Saya sudah bersedia, anda bagaimana?

Soalan khas untuk anak-anak yang bakal menduduki PMR pada tahun ini, 2013. Peperiksaan yang berbentuk peperiksaan yang terakhir buat masa ini.

Esok, cikgu bakal memberi ceramah tentang teknik menjawab kertas soalan Matematik PMR kepada para pelajar SMK Pasir Gudang 2 di UniKL, Seri Alam.

Tak sabar rasanya nak berkongsi idea dan pendapat tentang soalan yang bakal keluar pada tahun 2013 ni. Tak kurang jugak tips dan cara menjawab soalan-soalan kertas 2. Wah! Macam banyak jek nak dikongsikan sedangkan masa yang diberikan hanya 1 jam setengah jek...sempat ker nak kongsi semua.

Apa pun, tiada harapan lain melainkan para pelajar mendapat mengaplikasikan apa yang mereka telah perolehi pada hari Ahad ini semasa menjawab peperiksaan nanti. Semoga keputusan Matematik PMR SMK Pasir Gudang 2 2013 meningkat!! Amin....

Tuesday, January 1, 2013

SESI PERSEKOLAHAN 2013

Sesi persekolahan 2013 akan bermula pada 2 Januari 2013. Alhamdulillah, da selesai pendaftaran untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 kecuali rayuan untuk masuk ke dalam Tingkatan 1.

Dua hari bertungkus lumus mendaftar anak-anak didik. Rasa terkilan apabila melihat segelintir para pelajar tidak menggunakan baju uniform sekolah untuk menghadiri pendaftaran pada hari ini. Mungkin ada yang kurang prihatin terhadap peringatan yang telah diberikan sebelum ni tentang pemakaian semasa pendaftaran. Harap ada penambahbaikan pada masa akan datang. (-.-')

Para guru sibuk menyediakan lesson plan dan ABM untuk pengajaran pada hari pertama persekolahan esok. Tak kurang juga ibu bapa masih lagi mencari keperluan anak-anak untuk persekolahan nanti. Cikgu sendiri pun mencari keperluan anak pertama cikgu pada minggu terakhir bulan Disember. Memang ada bermacam-macam offer menarik ditawarkan. Tapi jadilah pengguna yang bijak!

Bermacam-macam harapan dan azam untuk sesi persekolahan pada tahun ini.
1. Nak naikkan kualiti A untuk matematik PMR dan kurangkan peratus gagal.
2. Nak menjalankan PBS dengan lebih sistematik
3. Nak cari kaedah2 baru dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu para pelajar

Ni just taip yang utama jekla..yang lain2 tu banyak sangat....heheheheheh

Apa pun... diharap sesi persekolahan pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya!! (".)

Thursday, December 13, 2012

RESULT PMR?!


Dalam cuti sekolah ni....ada jugak insan yang dilanda rasa susah ati, tak tenang duduk..memikirkan apa la keputusan PMR yang mereka akan dapat nanti.
Anak-anak didik yang bakal menerima result PMR dalam masa terdekat ni, tawakal ek. Redha dengan setiap keputusan yang diperolehi.
Apa pun, cikgu akan cuba berada di sana semasa korg menerima keputusan nanti. Pelbagai reaksi dan wajah yang akan menghiasi hari tu nanti.
Cuti tu cuti jugak...tapi...sediakan diri untuk menghadapi cabaran pada tahun hadapan ok!

Friday, November 9, 2012

CUTI SEKOLAH!!!


Waaaaa!!! Cuti sekolah dah bermula...tapi cuti tu khas untuk para pelajar...untuk para guru, mungkin ada yang kena berkerja semasa cuti ni (jaga SPM, jaga STPM, jaga sekolah dan macam-macam la). Tapi yang pastinya, Cikgu Melah dah buat perancangan sepanjang cuti ni. Masa ni la nak spend masa dengan anak-anak. Nak bercuti-cuti Malaysia, balik kampung halaman, merancang program untuk tahun depan, dan macam-macam lagila. Tapi tengokla kesempatan masa. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Kepada anak didikku di SMK Permas Jaya, jangan nakal-nakal yer time cuti ni. Gunakan cuti ni dengan sebaik-baiknya. Jangan la pulak bila naik sekolah nanti, ada yang berparut sana sini. Buat ulangkaji (nak tengok ramai tak yang buat ulangkaji ni).

Selamat bercuti yer anak-anakku di SMK Permas Jaya!!

Saturday, July 21, 2012

PERHIMPUNAN PERDANA GURU CEMERLANG

Tajuk...macam gempak! He3x! Seyes...GEMPAK!!
Sebabnya:
1. Dapat jumpa dengan orang yang hebat!
2. Dapat tengok Putrajaya (1st time ok)
3. Dapat jumpa dengan PM Malaysia secara LIVE!!!

Perjalanan:
11 Julai 2012
Dari pukul 3 petang, da berkumpul kat Pusat Koko JB. Naik bas, berhenti makan, berhenti amik cikgu-cikgu dari daerah lain...sampai KL pukul 9.30 malam. Tido kat Bangi. Rumah tu, boleh tahan, ada aircond. Bolehlah untuk merehatkan badan untuk satu malam yang singkat. Tapi sepanjang nak menidurkan diri, kawan-kawan banyak bagi nasihat dan panduan yang berguna kat aku. Takkan aku lupakan semua tu!!

12 Julai 2012
4.30 pagi da bangun. Takut terlajak tido. Yelah, bilik aircond la katakan. Sedap oooo....Da bersiap, bawak semua beg dan pergi ke bas. Bertolak ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Wooo! Wooo! Aku tak tido sepanjang perjalanan. Aku perhatikan setiap jalan-jalan yang kami lalui. Maklumlah, nak tunjuk hebat kat hubby sebab tau jalannyer. He3x!! Sampai jek kat PICC, aku cepat-cepat amik gambar. Kenangan ok! Kenangan terindah! Sepanjang perjalanan ke Dewan A...aku kagum dengan struktur bangunan tu...lain kali nak datang lagilah...he3x!!
Sarapan...fuh! Marvellous!! Macam2 ada..sampai ada yang xdapat nak masuk da dalam tekak ni...sebab da kenyang! Kek lapis Sarawak pun ader.
Setiap sesi diisi oleh orang yang dikenali dan disegani di Malaysia ni. Slot yang akhir skali yang paling best sb PM Malaysia yang datang. He3x!! Apalagi, sesi ambil gambar la jawabnya.
Sempat jugak aku amik gambar dengan sorang artis ni. Aku tak kenal pun, tapi lepas aku post gambar aku dengan artis ni kat facebook, mereka cakap nama artis ni, Anzalna. Naper dia hadir ke perhimpunan tu, tanya la dia sendiri ek. Tak dapat aku tolong menjawabnya.

Kesimpulan:
Hasil daripada perhimpunan ni, banyak menyedarkan aku yang aku kena buat sesuatu yang baru untuk para pelajar aku. Tak nak ikut method yang sama jek untuk mengajar para pelajar. So...balik JB, aku kena buat muhasabah diri dan buat sesuatu!!!

Bersama-sama dengan GC dari Johor

Wajah-wajah orang yang memberi ucapan pada hari tersebut


Buku Program, Lapik gelas, dan gula-gula (pengubat mata yang layu)

Last View before we left PICC

Makanan tengah hari dan dewan makan (Besar tu!!)
Tempat koir dan suasana dewan A


Friday, March 16, 2012

Menyepi?

Apa? Cikgu Melah menyepi?

Takder lah. Aku busy menguruskan kehidupan aku ni. Nak berblogging ni pun perlukan idea jugak. Kalo tak, nanti mengarut jek lebey, tapi isi takde. He! He! He!

Skang dah ada mood berblogging semula. Yelah, skang ni kan cuti sekolah. Apalagi, curahkan apa-apa idea atau apa yang terendam dalam otak ni untuk blog ni. He! He! He!

Kesimpulannya, Cikgu Melah tak menyepi da. Masih wujud lagi di dunia yang fana ini (aiseh!).

Sticker dan Cop

Sticker dan Cop..

Ingat lagi, masa kat sekolah rendah, memang tak pernah dapat cop dan sticker yang menunjukkan pujian kepada latihan kita. TAPI, lukisan muka, lukisan senyuman, lukisan bintang.. itu da cukup membuatkan aku gembira pada masa tu. Aku masih ingat lagi, semasa di sekolah menengah, buku eksperimen sains aku buat dengan sekemas yang boleh untuk mendapatkan 3 bintang! Bukan senang nak dapat 3 bintang tu!! Sikit jek ader kesan liquid paper, terus tak dapat 3 bintang. Hu! Hu! Hu!

Sejak aku menjadi seorang warga pendidik ni, tak putus-putus menambah koleksi sticker dan cop. Dari setahun ke setahun, aku nak cari cop dan sticker yang berlainan. Tak nak yang sama supaya aku rasa seronok skit nak bagi pujian kepada para pelajar. He! He! He!

Masa kat sekolah lama aku dulu, aku selalu lepak kat sebuah kedai buku kat Boulevard Miri. Aku selalu perhatikan barang-barang yang best dan aku dapat COP! Seingat aku, masa tu aku beli cop gambar watak kat disney. tapi dah tak ingat watak apa. Sesiapa yang membuat latihan dengan kemas dan tiada kesalahan, aku bagi cop. Wah! Berbunga-bunga hati budak-budak bila aku buat macam tu walaupun mereka da dalam Tingkatan 4.

Tapi sayang seribu kali sayang. Ada pelajar yang akhirnya cop buku mereka sendiri dengan cop yang mereka beli sendiri gara-gara nak tunjuk kat kawan mereka latihan mereka pun dapat cop. Adoi!! Dari situ, aku pun terus memikirkan strategi baru. Aku tambahkan lagi pencarian untuk benda-benda yang boleh dijadikan penghargaan kepada para pelajar ni. Akhirnya!! Aku terjumpa cop yang ada perkataan Excellent, Good dan sebagainya. Apalagi, grab la semua jenis yang ada. He! He! He! Jadi, lepas ni, tak ada dah pelajar nak main cop ikut suka dia jek. Sebab cop jenis macam tu, takkan lah mereka nak beli untuk dijadikan koleksi kan?

Bila dah pindah kat sekolah baru, mula-mula tu, rasa nak cari jugak cop macam tu, tapi tak tau kat mana. Cop yang lama semuanya tertinggal kat sana. Hu! Hu! Hu! Tapi nasib baik Mr. Hubby memahami. Dia sama-sama mencari cop tu dan kami terjumpa di Jusco (skang ni namanya Aeon). Aku nampak jek garang dengan budak-budak, tapi hakikatnya, aku suker sangat nak cop buku-buku mereka ni dengan penghargaan yang mereka jarang dengar dari mulut aku. He! He! He!

Da hampir 7 tahun aku menjadi warga pendidik yang terlatih. Aku mula menambah aksesori..iaitu STICKER! Pada mulanya, aku pergi ke Kaher sebab nak cari benda lain. Alih-alih terjumpa sticker bintang yang comey-comey. Apalagi aku, terus belilah. Sesiapa yang mendapat latihan terbaik, akan mendapat 3 bintang. Nak dapatkan 3 bintang tu bukannya senang tau. Kalo latihan betul semua, tapi comot latihannya, stakat dapat 1 atau 2 bintang jek. He! He! He! No Pain, No Gain ok!!

Orang nak kata tak sesuai untuk peringkat menengah, aku tak kisah. Janji aku mengamalkan prinsip pujian secara visual. He! He! He! Ini cara aku untuk beri penghargaan kepada para pelajar. Mungkin mereka tak nyatakan di depan aku apabila mereka membuka buku latihan dan melihat ada 3 bintang! Tapi, benda ni pastinya menjadi bualan antara mereka dan akan menjadi perbandingan antara latihan yang kemas dan tak kemas.

Dan, aku masih ingat lagi, tahun lepas, sorang pelajar aku, yang sekarang berada di Tingkatan 4, menceritakan tentang cop yang aku pernah cop di buku dia. Kawan-kawan dia menceritakan kepada aku tentang tu. Dia citer dia dapat cop dari aku untuk nota dia yang kemas dan dia gembira sangat-sangat. Yang bercerita ni pelajar lelaki. Tengok! Impak kepada pelajar, besar tau terhadap emosi mereka. Jadi, tak salah spend sikit duit untuk beli barang-barang ni dan gunakan sepenuhnya. Para pelajar akan ingat sampai bila-bila.

Pelajar gembira, cikgu ceria!!!