Sesi persekolahan 2013 akan bermula pada 2 Januari 2013. Alhamdulillah, da selesai pendaftaran untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 kecuali rayuan untuk masuk ke dalam Tingkatan 1.
Dua hari bertungkus lumus mendaftar anak-anak didik. Rasa terkilan apabila melihat segelintir para pelajar tidak menggunakan baju uniform sekolah untuk menghadiri pendaftaran pada hari ini. Mungkin ada yang kurang prihatin terhadap peringatan yang telah diberikan sebelum ni tentang pemakaian semasa pendaftaran. Harap ada penambahbaikan pada masa akan datang. (-.-')
Para guru sibuk menyediakan lesson plan dan ABM untuk pengajaran pada hari pertama persekolahan esok. Tak kurang juga ibu bapa masih lagi mencari keperluan anak-anak untuk persekolahan nanti. Cikgu sendiri pun mencari keperluan anak pertama cikgu pada minggu terakhir bulan Disember. Memang ada bermacam-macam offer menarik ditawarkan. Tapi jadilah pengguna yang bijak!
Bermacam-macam harapan dan azam untuk sesi persekolahan pada tahun ini.
1. Nak naikkan kualiti A untuk matematik PMR dan kurangkan peratus gagal.
2. Nak menjalankan PBS dengan lebih sistematik
3. Nak cari kaedah2 baru dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu para pelajar
Ni just taip yang utama jekla..yang lain2 tu banyak sangat....heheheheheh
Apa pun... diharap sesi persekolahan pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya!! (".)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
haaaaaaaa... tipulah kak Jemy ni dah lama ada blog upenye.....meletops lagi!... kalah i gini.heee :-)
ReplyDelete